KONSERT LAGEND HARGA MARHAEN
“Rockology Concert Tour adalah permulaan kepada perjalanan jangka panjang RPM. Kami mahu kembalikan keunggulan rock tanah air dengan lebih mapan. Kami juga terbuka kepada kerjasama penaja dan rakan strategik yang mahu menyokong gerakan ini — sebagai suara budaya dan sosial.”
Tarikh & Lokasi Rockology Concert Tour 2025:
- North Chapter: 21 Jun 2025 – Midtown Perda, Pulau Pinang
- South Chapter: 5 Julai 2025 – EduCity Sports Complex, Johor
Seramai 15,000 peminat dari seluruh Malaysia dan Singapura dijangka membanjiri dua lokasi ini – menjadikannya antara jelajah rock paling dinanti tahun ini.
Tiket untuk North Chapter kini boleh dibeli di https://rpm.ubertickets.asia/ dengan harga bermula serendah RM98. RPM mahu pastikan semua peminat – tanpa mengira latar belakang – dapat menyaksikan kehebatan dua ikon rock ini dalam satu konsert bersejarah.

