EDDIE DAN BLACK KELUAR WINGS

Oleh: Bangbu Besihitam

Tiada angin, tiada ribut…Dunia rock tanah air hari ini seakan terhenti seketika.Dua tonggak legenda, Azmi Hashim (Black Wings) dan Samsaidi Ulong Idris (Eddie Wings), mengumumkan pengunduran diri mereka daripada kumpulan WINGS, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan bersama, Black dan Eddie turut menjelaskan bahawa mereka tidak akan menyertai Konsert WINGS 40 Tahun Celebration, yang dijadualkan berlangsung pada 28 November 2025 di Kuala Lumpur dan 24 Disember 2025 di Singapura.

Berita ini nyata mengejutkan ramai, terutama para peminat yang membesar dengan hentakan dram Black dan petikan gitar Eddie dua roh yang telah lama menjadi nadi kepada degupan muzik WINGS.

Pengunduran ini bukan sekadar mengejutkan peminat, tetapi penutup kepada satu era gemilang era yang membentuk wajah, jiwa dan semangat kumpulan rock paling berpengaruh dalam sejarah muzik tanah air.

Tiada angin, tiada ribut… namun dua sayap yang lama terbang bersama kini memilih untuk mendarat di tanah yang berbeza.

Legenda tetap legenda dan nama mereka akan terus berkumandang, selamanya dalam sejarah rock Malaysia.

Terbaru