Selepas 18 Tahun, Peterpan Kembali Satukan Tiga Negara Menerusi “The Journey Continues”

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2026 – Selepas 18 tahun, perjalanan muzik Peterpan terus bersambung apabila kumpulan legenda Indonesia itu menghimpunkan media dari Malaysia, Indonesia dan Singapura menerusi Sidang Media Antarabangsa “The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita”.

Sidang media yang berlangsung secara serentak di Jakarta, Kuala Lumpur dan Singapura itu menjadi platform rasmi mempertemukan anggota pengasas Peterpan bersama barisan artis yang bakal menjayakan siri konsert Peterpan di Singapura dan Malaysia.

Mewakili legasi Peterpan ialah anggota pengasas kumpulan tersebut iaitu Ilsyah Ryan Reza (Reza), Loekman Hakim (Loekman), Andika Naliputra Wirahardja (Andika) dan Hendra Suhendra (Indra).

Turut menyertai perjalanan istimewa ini ialah Marcello Tahitoe (Ello), Tantri Syalindri, Rony Parulian, Arda Hatna, Hael Husaini dan Charly Van Houten yang bakal bersama-sama menghidupkan semula lagu-lagu yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan jutaan peminat di rantau ini.

Konsert “The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita” akan berlangsung pada 3 Julai 2026 di The Star Theatre, Singapura sebelum diteruskan di Idea Live Arena pada 11 Julai 2026.

Menurut pihak penganjur, konsep “The Journey Continues” bukan sekadar sebuah konsert nostalgia, sebaliknya merupakan sambungan kepada sebuah perjalanan muzik yang telah merentasi generasi selama lebih dua dekad.

“Lagu-lagu Peterpan bukan sekadar karya muzik. Ia menjadi sebahagian daripada kenangan hidup jutaan peminat. Ramai yang membesar bersama lagu-lagu ini dan kini kembali bersama pasangan, sahabat serta keluarga mereka untuk menghidupkan semula kenangan tersebut,” kata wakil penganjur.

Siapa yang tidak pernah menyanyikan lagu-lagu seperti “Mimpi Yang Sempurna”, “Semua Tentang Kita”, “Ada Apa Denganmu”, “Mungkin Nanti”, “Tak Bisakah”, “Menunggumu” dan “Bintang di Surga”?

Bagi ramai peminat, lagu-lagu ini bukan sekadar karya muzik. Ia adalah soundtrack kepada zaman muda mereka. Lagu-lagu yang menemani cinta pertama, persahabatan, impian, perpisahan dan pelbagai kenangan yang masih hidup sehingga hari ini.

Jika hanya dengan membaca tajuk-tajuk lagu tersebut anda sudah mula menyanyikannya di dalam hati, maka “The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita” adalah sebuah konsert yang tidak boleh dilepaskan.

Selari dengan semangat “The Journey Continues”, pihak penganjur turut memperkenalkan inisiatif khas yang memberi peluang kepada generasi baharu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Di Malaysia, Astro ERA bersama penganjur akan melaksanakan program “Vokalis Peterpan ERA”, manakala di Singapura, Onephoria Entertainment akan memperkenalkan program “Vokalis Peterpan Onephoria”.

Kedua-dua program ini diwujudkan bagi mencari bakat-bakat yang membesar dengan lagu-lagu Peterpan dan memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi pentas serta menjadi sebahagian daripada legasi muzik yang telah menyatukan jutaan peminat di rantau ini selama lebih dua dekad.

Bersempena sambutan yang amat menggalakkan daripada para peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia, pihak penganjur turut memperkenalkan Promosi Couple Price khas bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat menghidupkan semula kenangan mereka bersama insan tersayang.

Jika lagu-lagu Peterpan pernah menemani zaman persekolahan, zaman universiti, cinta pertama atau perjalanan hidup anda, inilah masanya untuk mencipta kenangan baharu bersama mereka yang pernah melalui perjalanan itu bersama anda.

Menerusi promosi ini, tiket Cat 1 ditawarkan pada harga istimewa RM450 untuk dua orang, manakala tiket Cat 2 ditawarkan pada harga RM280 untuk dua orang. Tawaran istimewa ini terhad kepada hanya 100 pasangan bagi setiap kategori.

Selain persembahan yang menghimpunkan anggota pengasas Peterpan dan barisan artis terkenal dari Indonesia, Malaysia dan Singapura, para peminat juga boleh menjangkakan pelbagai aktiviti promosi, kandungan digital eksklusif, sesi interaksi bersama artis serta beberapa pengumuman menarik menjelang kedua-dua konsert yang dijangka menjadi antara acara muzik Nusantara paling dinantikan pada tahun 2026.

“The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita” dianjurkan oleh PT Aloka Persada selaku pemegang hak harta intelek, bersama Project Glokalise Sdn Bhd bagi Malaysia dan Onephoria Entertainment Pte Ltd bagi Singapura.

Kerana selepas 18 tahun, lagu-lagu itu masih hidup.

Kenangan itu masih kekal.

Mungkin usia kita sudah bertambah.

Mungkin kehidupan kita sudah berubah.

Tetapi apabila lagu Peterpan dimainkan…

Kita kembali menjadi diri kita yang dahulu.

Dan itulah sebabnya…

THE JOURNEY CONTINUES.

Untuk sebarang pertanyaan media, kerjasama dan maklumat lanjut, sila hubungi:

MALAYSIA

Syazmin Asyraff Rahim | syazmin@orlaithinc.com | +6013 317 6035

Teartika Abdul Rashid | teartika@orlaithinc.com | +6011 6932 8438

SINGAPURA

Asy Syabil Marican | syabil@onephoria.com | +65 8799 8700

Teartika Abdul Rashid | teartika@orlaithinc.com | +6011 6932 8438

Terbaru