Konsert BARBARIK: Pentas Peluru Coklat Gegar Industri Muzik Tanah Air
KUALA LUMPUR, 29 Mei 2025 – Sidang media bagi Konsert BARBARIK: Pentas Peluru Coklat telah berlangsung dengan jayanya di Heritage Club, Royale Chulan Kuala Lumpur, pada jam 2 petang.
Majlis ini menyaksikan kehadiran barisan legenda dan penggiat tegar muzik rock tempatan seperti JoBranko, Muss, Ainol, Rozaimie, Karl Cromok, Shah Slam, Ujang Gitar, dan Muzza. Mereka merupakan antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas dalam konsert yang dijangka menjadi antara acara paling epik tahun ini.
Konsert BARBARIK membawa semangat pemberontakan seni dan luahan suara generasi, dengan persembahan penuh tenaga dan identiti muzik keras yang menjadi nadi kepada ramai peminat tegar genre ini.
Maklumat lanjut mengenai lokasi dan tarikh konsert Untuk pembelian tiket:

