“Pria Terhebat” Satukan Sal Priadi & Raim Laode Buat Pertama Kali di Kota Kinabalu
Oleh: Bangbu
Sembang Kari Entertainment kembali menghangatkan industri hiburan dengan penganjuran Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat, sebuah konsert yang bakal menemukan dua nama besar muzik Indonesia, Sal Priadi dan Raim Laode, dalam satu malam istimewa di Sabah.
Konsert yang dijadual berlangsung pada 2 Oktober 2026, jam 8.00 malam di Sabah International Convention Centre ini bukan sahaja menandakan kemunculan sulung kedua-dua penyanyi itu di pentas yang sama di Kota Kinabalu, malah dijangka menjadi antara acara muzik paling dinantikan oleh peminat di Borneo.

Bagi Sal Priadi, peluang akhirnya dapat bertemu peminat di Sabah merupakan detik yang telah lama dinantikan. Menurutnya, beliau sering mendengar tentang kemeriahan dan kehangatan sokongan pencinta muzik di negeri itu, justeru berharap dapat berkongsi malam yang penuh emosi apabila seluruh dewan bergema dengan nyanyian para peminat.
Raim Laode pula menyifatkan persembahan di Kota Kinabalu sebagai ruang terbaik untuk mendekati peminat Malaysia dengan lebih dekat. Baginya, muzik sentiasa menjadi bahasa yang mampu menyatukan hati tanpa mengira sempadan, dan beliau berharap setiap lagu yang dipersembahkan akan menjadi kenangan manis buat semua yang hadir.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Sembang Kari Entertainment, Alif Rafiq berkata, Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat merupakan kesinambungan usaha syarikat dalam membawa artis-artis berkualiti dari Nusantara ke Sabah.
Menurut beliau, konsert itu bukan sekadar sebuah persembahan muzik, sebaliknya satu pengalaman yang menghubungkan artis dan peminat dalam suasana lebih intim dan bermakna. Gabungan Sal Priadi dan Raim Laode diyakini mampu mencipta malam yang penuh emosi, nostalgia serta momen yang akan terus dikenang.
Beliau turut mengajak orang ramai mendapatkan tiket lebih awal memandangkan sambutan yang diterima dijangka amat menggalakkan.
Maklumat Konsert:
- Konsert: Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat
- Artis: Sal Priadi & Raim Laode
- Tarikh: 2 Oktober 2026 (Jumaat)
- Masa: 8.00 malam
- Lokasi: Sabah International Convention Centre
- Harga Tiket: RM229 (Kategori Pria Terhebat)
Tiket kini boleh didapati menerusi Ticket Empire.
Konsert ini turut mendapat sokongan daripada Eraventures Events sebagai Strategic Partner, Megaboogie Sound & Light Revolution selaku Technical Partner, Ticket Empire sebagai Ticketing Partner, Astro Gempak sebagai Digital Media Partner serta Holiday Inn Express Kota Kinabalu City Centre sebagai Hotel Partner.
MAKLUMAT TIKET
Konsert: Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat
Artis: Sal Priadi & Raim Laode
Tarikh: 2 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Lokasi: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
| Kategori | Harga |
| Pria Terhebat | RM229 |
Pembelian Tiket: www.myticketempire.com
Konsert ini turut mendapat sokongan daripada Eraventures Events sebagai Strategic Partner, Megaboogie Sound & Light Revolution selaku Technical Partner, Ticket Empire sebagai Ticketing Partner, Astro Gempak sebagai Digital Media Partner, serta Holiday Inn Express Kota Kinabalu City Centre sebagai Hotel Partner.
Untuk maklumat lanjut dan urusan media, sila hubungi:
Nama: Mohd Redzuan (Cipot)
Telefon: 019-2794499
Emel: cipotredz@gmail.com

